Tuesday, 17 February 2015

Sukan Tahunan 2015

         

Holla everybody! Dah lama tak update blog, sebab tak tahu nak update apa. Sekarang baru update sebab tengah ada benda nak kongsi bersama dengan korang hahaha. Aku tak tahu lah ada orang baca ke tak tapi lantak lah, tulis je nak buat kenangan. Aduhh panas weh duduk dalam cyber cafe ni, berpeluh habis kalau perah ni penuh sebaldi. Okay maaf tetiba je kan hahaha tapi serious panas weh tak tahan rasa haduiii. Tak apa lah sebab dah lama tak menaip, apa salahnya peluh ceni sekali segala en.

Haaa baru baru ada sukan tahunan kat sekolah. Yelah takkan sukan tahunan dekat rumah pulak kan? Tak gitu? Hm aku ni bab bab sukan ni malas sikit, nak rehat kejap tahun ni hahaha. Punya aku tak minat sukan sampai aku sanggup duduk dalam tandas dalam 15 mimit gitu la kot. Nasib wangi tandas time tu hahaha. Time aku duduk dalam tandas masa sukan tara, masa acara lari 100 meter yang acara lain aku masuk lah nak dapatkan mata untuk rumah sukan.

Then, masa hari sukan tahunan tu aku tak datang sebab kena duduk tengah padang. Panas kot habis kulit I terbakar nanti hahaha. Keesokan harinya baru aku datang, kena duduk tengah panas juga habis terbakar muka aku. Punya la semangat tak datang hari khamis tu sebab tak nak duduk tengah panas, last last kena duduk juga bawah matahari yang terik tu en. Takpe baru panas dunia ork? Hahaha.

Okay lah itu je nak cerita, banyak lagi sebenarnya tapi malas lah nak menaip panjang panjang. Nak balik rumah main COC guys~ Duduk cyber cafe ni panas sangat tak tahan teman nak duduk dalam ni. Okay assalammualaikum. Muah ciked! eh harommmmmmmm

Sunday, 4 January 2015

Azam Baru 2015

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2015 dah pun. Sekejap je masa sekarang ni, aku rasa macam baru je lahir tadi. Rasa macam melampau la pulak hahaha. Pejam celik pejam celik lagi nanti dah kahwin dah aku. Bukan gatal miang ke apa hahaha tapi semua orang teringin nak kahwin kan.

Then benda wajib bila masuk tahun baru ni mesti semua orang ada "Azam Baru" kan? Haaa apa azam baru korang tahun ni? (dah fikir? dah jawab? teruskan membaca) So azam baru mesti la benda benda baik je kan takkan nak berazam benda yang bukan bukan pulak yedok.

Majority budak budak sekolah macam aku ni, mesti berazam nak belajar betul betul, tak nak main main, nak focus dalam kelas and nak jauhi diri dari  phone kan? Setiap kali tahun baru azam still sama je tapi main main jugak time belajar hahaha. Tapi inshaAllah tahun ni nak belajar elok elok and focus dalam kelas sebab tahun depan nak SPM kateko. Nak apa? nak SPM! SPM! Haaa exam paling penting ni untuk my future. Tapi bab jauhi phone ni tak sure boleh ke idok sebab aku dengan phone ibaratkan "pantai dengan pokok kelapa" semua pantai mesti ada pokok kelapa kan? (aku pon tak sure sebenarnya, main bedal je tu) Tapi aku cuba tak layan phone, tu pon kalau boleh lah.

So, adik adik yang tahun ni PT3 tu belajar la elok elok jangan main main dah la PT3 tu susah gila. Akak akak abang abang yang nak SPM tu study hard and work hard. Good luck guys! (baiknya aku hahahaha)

Friday, 14 November 2014

Perasaan Orang Kena Jaga

Semua orang dikurniakan hati dan perasaan. Jadi kita seharusnya menjaga hati dan perasaan orang lain dan orang lain juga perlu menjaga hati dan perasaan kita. (cewahh kau dah rasa macam cikgu bahasa melayu pula)
Cakap main lepas, bergurau tapi mengaibkan orang and memalukan orang. Kalau kau nak tegur sekali pun janganlah depan kawan kawan, malulah member tu. Cer fikir sikit ada otak kan, gunalah adoiii.
Aku selalu jugak kena dengan kawan kawan, aku tahu niat just nak bergurau tapi menyakitkan hati, memalukan aku, terasa gila dengan ayat ayat dia tu. (Kalau ayat ayat cinta takpe la jugak)
Kadang kadang mybe kau tak sedar percakapan kau tu menyakitkan hati kawan kau, bila dah nak tidur tu baru terfikir yang kau cakap tu telah menguris hati kawan kau tu en. So zaman dah moden brothers and sisters sekalian. Hantar lah whatsapp ke wechat ke en, kat memana je lah yang ko boleh contact dia and then mintak maaf. (Bukannya susah nak mintak maaf, itu pun nak kena ajar ke? MashaAllah brotherrrr and sisterrr sekalian~ fikir lah fikir)
NOTE : Sebelum nak cakap sesuatu fikir. Nak bergurau bertempat.